Want your
own Fotopage?








 
jas's FotoPage

By: jas LoVE NatURe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 28-Sep-2008 18:14 Email | Share | Bookmark
banjaran titiwangsa 48 jam: orang GiLA_version-Dalam Kenangan

betapa berat kaki melangkah..ku redah jua dengan penuh tabah..TRANSTITIWANGSA 23julai-24julai2008

akhirnya..setelah sekian lama, dapat gak aku coretkan satu kisah yang paling penting dalam hidup aku..yang aku takkan lupa kan.aku dapat kenal erti sahabat...makan beger basi...tiga gunung yang tinggi ku rentasi bersama sahabat...abg sarul, kamal...

setiap kali aku baca balik, mesti mengalir air mata..hehehe...

saper ada baca sampai habis, bagi tau alu ekk...mesti takda...huhuhu

….Kegagalan di XPDC TransTT 48jam….
23.Julai.2005 – 24.Julai.2005

Sebenarnya aku malas nak cerita tentang xpdc ni,maleh nak karang panjang-panjang…tapi lantaklah.

Budak Skolah bercerita…
Ok,aku cerita sikit tentang sejarah nak jadi trip ni…mulanya aku tak jangka lansung trip ni nak jadi gak tahun ni.Memang “Transtt 48jam” adalah salah satu dari antara 3 impian aku setelah sekian lama,selain “The Real Trans 21hari” dan “Tahan Kuala-Kuala”.Impian ni dah terfikir oleh aku tahun lepas semasa sifu Muz tanya nak buat Transtt 2hari dak?...time tu aku baru turun dari Transtt,alaa time aku turun ngan tulang bahu retak masa jatuh kat Chuban ari tu…

Terfikir gak nak cuba sesuatu yang gila…tapi tak terfikir plak nak serius,pasai kalu nak buat trip ni terfikir gak…SAPA YANG NAK POLO???....ni trip GILA babi punya trek.Jadi aku peram ajalah,mana nak pi tau kot-kot ada mamat yang separa gila yang nak pi gak,bleh aku polo…..

Sebenarnya aku gagal dalam percubaan “Transtt 48jam”Sebenarnya trip ni best sangat-sangat…Oh ya,aku lupa nak perkenalkan treking patner aku.Aku kenal kan Ojas,budak KL ni..dan Kamal,budak militan SOS.Sebenarnya trip ni asalnya aku ngan Ojas saja punya program,balik-balik Ojas ajak sorang budak militan ikut sekali,Kamal la…

Ceritanya bergini,aku kenai Ojas time masa aku naik Bubu ari tu,awai bulan 5 lepas..time tu tak terfikir nak buat transtt ngan dia.Kendian aku jumpa dia kali yang kedua plak,kat Chabang bulan lepas,masa kami semua berkumpul kat Medan Gopeng itu hari,baru aku dapat berita yang rekod transtt bawah 48jam dah pun di buat ( kalu tak salah aku ),sapa lagi kalu bukan atlet Perak si Shafiq sama ngan si Epul la.Time tu semangat nak cuba buat transtt bawah 48jam dah muncul….tak dapat kejar time diaorang tapi dapat dok sebaris ngan diaorang pun dah kira ok dah.
Tapi sapa yang nak polo aku???...atau aku nak polo sapa???...
Dok tak duduk time kami dok kat medan tu,ada la sorang mamat tu offer aku ikut dia buat transtt 48jam..sapa?..Memei laaa,aku kata orait…bagi date dia.Membara gak bila si Epul asyik dok cerita pasai trip ari tu…lagi la semangat aku naik.

Turun-turun ja dari Chabang,terus Ojas offer aku naik transtt…masa dah set,16&17.Julai.05. Katanya kita naik 3orang,sekali ngan Memei…tapi awainya aku terpaksa cancel pasai cuti ada masalah sikit,ni yang buat aku tak puas ati ni terpaksa cancel.Tapi yang syoknyer selang beberapa hari pastu,aku dapat plak berita dari Ojas yang mengatakan dia tak jadi pi,Memei cancel…ada masalah kot,horey…aku apa lagi loncat katak le ada la perluang nak pi.

Setelah disetkan date nya,aku pun adjustlah ngan Salan pasai permit.Lain-lain hal aku adjust le ngan Ojas pasai barang,ration…aku punya la semangat gila…Tapi akhirnya aku terpaksa cancel last-last menet…mau tak frust,lagi 2jam aku nak naik bas dah,terpaksa cancel secara mengejut…aku ada masalah teknikal sikit.

Hanya tuhan aja yang tau bertapa kecewanya aku tak jadi pi…tapi beberapa hari pastu,Horey…aku bertekad gila,aku kata dalam hati….aku nak buat gak trip ni,walau cam mana pun rintangannya.Setelah di setkan ngan Ojas ( yang setia menunggu aku ) akhirnya sampai gak hari yang bersejarah dalam hidup aku tarikhnya dah di setkan pada 23hb.Julai.2005 – 24hb.Julai.2005.. sehari sebelum tu Ojas kata ada seorang budak lagi yang akan ikut kita,sapa?...Kamal,budak militan…aku on aja..lagi banyak,lagi best…sat aku story cerita panjang pasai tu…

Sebenarnya kami tak dapat capai 48jam tu,nak kata kami gagal jauh tu tak adalah,sebenarnya target asal adalah 72jam ( 3hari ),saja kami letakkan 48jam untuk test dan buat ujian samada 48jam boleh buat tak.Nak tau kami dapat berapa,setelah dibincang dan dipersetujui sebulat suara kami bertiga masa yang dapat kami capai adalah 56jam 50minit…ok aku cerita pasai trip ni.



TransTT 48jam dalam kenangan

Jumaat 22.Julai.2005
N000.00000*
E000.00000*
0000 feet
8.15malam,lokasi - stesen bas Sg.Nibong,Pulau Pinang….awal lah plak aku sampai kat sini,ada lagi 45minit untuk aku naik bas…ronda-ronda sorang-sorang…sahih orang dok ushar aku kandaq beg yang tak betul punya packing,dalam hati “ah,lantak korang lah,”
9.00malam – Horey,aku dah naik bas dah….sat lagi bermula lah perjalanan aku untuk untuk xpdc transtt tahap gila.Dah lama aku impikan nak buat,moga-moga tercapailah jugak nak buat “dok kata dalam hati,moga2 jadilah…tak dapat 48,dapat 72 pun jadi lah” dok merepek sorang-sorang aku…dalam dok merepek tu terlelap gak aku…bas pun enah sampai mana pun aku tak tau.Dah lepas sempadan siam ke apa.
10.00mlm – Aik?...baru ada kat butterworth?...ceh,lambat lagi ni nak sampai medan gopeng ni.Aahhhhh pergi mampus lah,aku ngantuk gila ni,dah brapa hari aku tidur tak cukup,almaklumlah minggu ni kerja malam.Siang dah tentu aku payah nak tidur lena.Tak lena betul lah tidur atas bas ni.nak kena balik rumah tidur kot baru nak cukup.

Akhirnya sampai gak aku kat medan Gopeng,dah kul 11.45mlm dah ni,mana aku nak cari mamat ni.Ahhh naik atas dululah.Lepak2 pekena air dulu.Sambil tu sms pak lan dulu ada kat mana.Cuih..!!!! terjengoi muka Muz,Ojas ngan Kamal lah plak,laaaa hang pun ada kat sini gak…???...buat apa???...
Aku ngantor budak2 naik Chabang laaa….sat gi hang turunlah kat bawah,ramai budak2 ada kat bawah tu,orait….aku pun kalut lah nak perbih ayor tu,ceh panas lah plak.
Laaa,ramainya budak2 militan..Arman ada,Jo ada..pendek kata memang ramai lah.Lepak jap sambil layan budak2 tu…pas semua pun dah settle,kami pun mula dah nak gerak.Tapi kita camna ni???...pulak dah,sapa yang nak hantar kita ni?...nasib baik Ojas bleh mintak tolong adik dia yang hantorkan kita ke rumah Kamal…
Mana jalan yang Kamal bawak lalu ni???...macam lalu dalam hutan lalang ja.Lari dari road block katanya.Punya lah banyak coner baring…Sampai dah kat rumah dia.Nak masuk dalam rumah?...dah pukul brapa dah ni,cam penyamun aku rasa plak masuk rumah orang pagi-pagi buta,Kamal kat line clear rumah dia.Sempoi gak rumah dia,rasa cam dok dalam hutan lah plak bila tengok banyak perabot kayu.Lepak jap kat umah dia sementara tunggu dia packing barang dan tunggu Jo mai ambik bawak kita masuk dalam.
Wey,dah pukul brapa dah ni???...Syah,hang nak makan dulu?...nasik ada kat situ,tapi lauk daging ajalah.Nasik????....hang agak-agak aku jenis spesis yang makan nasik ka?..tunggu lagi,bedal lah. (he..he…sorry Kamal,aku tambah 2 kali,banyak plak tu,sedap la…mak hang bubuh kas-kas brapa banyak dalam ni?)…
Pin..pin..!!..wey,Jo dah sampai…jom blah,tak blah nanti abih ration dalam rumah ang aku sapu.Ok,cargas…nasib baik tak hujan,kalu tidak teruk gak jalan nak masuk Intake ni…berani hampa masuk ye,dengan permit tak ada,report polis pun tak buat.Ahhhh lantak lah…bukan masuk jail pun.

Horey..!! sampai dah di Intake atau senang nak cakap..starting point.Tak terfikir aku nak ambik bacaan GPS kat sini.Yang betulnya aku maleh nak guna menatang ni.
Setelah semua dah ready,ok Jo…tima kasih hantar kami kat sini.So good luck kat hampa,ok kita jumpa kat Ipoh isnin ni.

Sabtu 23.Julai.2005
Intake 4.15pagi
600feet 29.7c
Bermula sudah perjalanan merentas desa…menyusur jalan balak ke kampung Makmur,aku tak pernah lalu ikut jalan ni..nasib baik ada Kamal,dia tau gak jalan ni.Setelah beberapa lama menyusur lalu ikut trek ni,jumpa jalan tar???...ahhh sudah,kita sesat dah ni...mana bleh jumpa jalan tar.Oooopp sat,rest cari idea,call Jo tanya sat….reverse2 balik,silap jalan ni.Haaa ni baru betul jalan dia
7.15am – ok sampai dah kat penghujung jalan Dam,apa kat kita rest dulu,Ojas nak sembahyang sat.Bukan kat rest sat,lepak tidur terus…sat lagi lah kita jalan.Kita cari power dulu.Aku dah ngantuk ni,tidur dah la tak cukup.Lagi pun masa kita akan ambik dari sini.Bleh kot nu.Ish..meluat betul lah ada menatang dok mai kacau time aku nak tidur.Ojas ngan Kamal dah pun lap dah.Ceh,syoknyer lap…wey..bangun,jom ready nak jalan dah ni.

9pagi….bermula dah secara rasminya masa untuk XPDC ni.GERAK..!!!!...
Mak oooiii…ni nak pi perang punya jalan atau nak lenggang kangkong???...takpa,jalan landai…Kampung orang asli?..dah habih dah semua tak ada orang?...tapi kami masih dok selisih ngan orang asli lagi yang masuk ambik hasil hutan,pakcik-pakcik…petai tu cam menarik aja….bagi free satu raga bleh?...bleh,bleh..bleh blah.
Jumpa lah satu geng orang asli yang dok melepak kat satu pondok.”Mana tu,gunung korbu ke?,3orang?,tak takut ke?”…ceh cam ayat melemah semangat jaaa….nak ikut jom.

Bus Stop 9.30am
N 04.64656*
E 101.24179*
995 feet,
Horey…sampai dah kat bus stop,kedebuk!!...opocot!!...ceh,durian jatuh rupanya,nasib baik baru nak naik,kalu nak balik..dah terang dah aku sebat bubuh dalam beg.Ni yang aku tak bekenan ni,pacat sudah mari,ewah,ewah tak mintak kebenaran nak naik atas kasut ye…ok ayor dah isi dah,jom blah..
Layan blues lagi time ni,naik turun pun tak banyak..Sampai dah batu hampar?...lagi 15 – 20minit sampai le kat next check point,Batu Besar…


Batu Besar 11.30am
Lokasi – Signal tak dapat dikesan.
Ketinggian – Lupa rekod.
Horey..!! sampai dah kat Batu Besar,lepak dulu…kita pekena nasik sat,apa tak makan lagi ni.Rajin kau ye Jas,tolong masak kat kami yang malas nak masak ni.Menu?..nasik goreng entah-apa2 entah nama dia.Kita mandi dulu,aaaaaarrrr….ayor sejuk ooooiii….possing dulu ambik gambor.
Bila kita nak gerak ni?...dah lama lepak ni.Mula malas nak gerak ni…tu la hang,buat lagi nasik goreng daging entah apa2 entah.
1.00pm – Kami mula gerak ke kem Seroja,aaaarrhhhhh…kena pacak bukit penat.Mengah gak nak naik,tu la pekena nasik lagi….aku mengah gila naik bukit ni,tak kan pasai makan nasik tadi kot,aku bukannya makan banyak pun.Ah lantaklah,naik jugaklah.Mamat dua orang tu sayup-sayup tinggai aku…rasa cam tarzan lah plak jalan sorang-sorang.

Kem Seroja 1.40pm
Lokasi – Masih tak dapat signal GPS
Ketinggian – Triple Sensor 2400 kaki
Horey..!!!..kami dah pun sampai kat kem Seroja,fuh…punyalah penat punya rushing cara lenggang kangkong.Aku pelik betul la kali ni,aku letih gila la daki kali ni…letih sungguh-sungguh,letih jenis ingat-tak ingat punya.Aku dok terfikir gak awatnya aku letih sungguh kali ni.Ahhh lantaklah yang penting kami dah sampai kat sini,sebenarnya tak ada plan nak sampai sini kul brapa.Releks jap,Ojas sembahyang dulu..aku ngan Kamal cam budak-budak main ayor…
2.00pm – Ok cau…kami mula gerak dari kem Seroja.Jalan layan blues dulu…kami punya target hari ni adalah jalan selagi mampu,jalan sampai tak boleh jalan baru stop.Lantak pi lah nak sampai mana pun.

Kem Kijang 3.00pm
Lokasi – Dah maleh dah nak on GPS
Lega dah..sampai gak kami kat kem Kijang…sapa la punya dok buat karangan kat banner ni,mamat dua orang tu dok asyiknyer baca.Releks jap,kejap lagi kita gerak lah…
4.00pm – Mula gerak dari kem Kijang…rasa maleh la nak gerak.

Last Water Point 7Eleven 5.20pm
Lokasi – Entah
5140kaki 23.2*c
Horey…sampai gak kami kat last water point Korbu,aku dah pun terasa penat tahap tak bleh fikir lagi dah ni releks jap,ok kita nak buat apa ye…suhu semakin sejuk gak,23celcius…mau tak terasa lagi.Kita masak nasik dulu lah..buat spare on trek nanti.Kami releks jap sambil layan nyembang sat…almaklumlah kena trek saiko gila.Walaupun ni pendakian Korbu yang pertama kali oleh Kamal tapi depa ni best la…tak terkejar aku kat belakang.Entahlah mungkin malas aku nak rushing teruk-teruk trek ni,buat rugi power aku yang dah tak power ni…kang pensan nanti sapa yang susah.
Lama gak kami sini,on hp sat…nak hantar msg kat sapa ha?..hantar kat Along sat,nak habaq yang kami baru sampai kat last water point.
6.40pm – Selesai aja semua,beg tambah berat sikit…ayor yang aku bawak tak lah banyak sangat tapi rasa kaki cam tak mampu nak angkat laaa…Ok cau,semua gerak ke lokasi yang seterusnya,Botak.Ceh punya la banyak puncak tipu.Suhu pun makin sejuk…jalan udah la.Aku gagah angkat kaki jugak.





Puncak Botak 7.10pm
N 04.68236*
E 101.29383*
6059kaki
Horey…!!! Sampai gak kami kat puncak Botak.Sampai aja aku terus terduduk,kaki tak mampu nak angkat laaaa…AAAAARRRRHHHHH….awat jadi camni plak.???...wey rest jap ambik power.Itu dia tu kalu hampa nak tau tu la Chuban dan Gayong,tang tu yang kita nak naik jap lagi,kalu ikut tenaga ni rasanya cam nak buat camsite kat sini la…rasa cam tak mampu nak daki lagi la.Aku dah guna tenaga cukup banyak hari ni…bukan lepak saja tapi aku terus terlena.Gila babi punya tak larat tapi nak kena gagah gak jalan….
7.30pm – Haaa..??..7 setengah dah,jom-jom jalan…dok lama-lama kang campsite plak kat sini.
8.30pm – Kami tengah dok mendaki kat Chuban,aku time ni kalu korang nak tau punya la letih gila…tapi tau-tau la view kat Chuban time malam.best giler…aku gagah jugak kaki ini untuk daki Chuban..langkah,langkah,langkah…awatla jadi camni,tak cukup tidur ka,tak cukup makan ka…kami redah gak Chuban dalam gelap,hanya tochlight saja yang ada kat tangan…aku rasa tenteram la bila treking malam.Tapi kali ni mental ngan fizikal aku dah nak flat laaa…
9.00pm – Kami masih dok treking Chuban,dalam hati…jauh lagi ka Korbu Raya,Ojas ngan Kamal sayup baru ja tinggal aku sorang-sorang dalam gelap.Aku tak dapat lagi nak angkat kaki dah.Aku apa lagi,sahut le …”Jas,Jas..entah dengar ke tidak,tak kan nak keluarkan walkie-talkie calling kot?..”..AAAAhhhh…aku flat dah,letak beg sat,benda yang terfikir dalam pala otak aku time ni,aku kena cari sesuatu nak makan cari..first sekali aku teringat gula…apa lagi separuh peket gula aku bedal,rasa tenaga lah sikit.
Tiba-tiba aku nampak lampu,ooo..Jas ngan Kamal patah balik,diaorang perasan kot aku tak naik lagi. “sorry wey,aku flat…aku rasa tak mampu nak angkat kaki lagi ni..”diaorang pun releks sat kat sini.Time ni aku rasa cam nak menangis pun ada,terus terang aku cakap…aku tak pernah rasa camni punya kecewa,aku tak pernah rasa camni punya letih sampai nak angkat kaki pun tak bleh dah…kali ni aku betul-betul hilang power…pertama kali dalam sejarah aku daki gunung,aku sendiri yang flat…awat la jadi camni,rasa cam nak ajak diaorang patah balik laaa….aku cuba dok releks fikir,”apa masalah aku sebenarnya ni???..”
Ada la kami releks dalam 10minit,ok gerak..aku rasa nak try daki lagi setakat mampu.Aku cuba,aku try gak angkat kaki….lost power lagi???....”kita carilah tempat untuk campsite”..kata Jas.Kamal tak bantah,aku?...lantaklah mana nak campsite pun,aku tak tidur jap…


Chuban On Trek 9.30pm
Lokasi – campsite tengah-tengah trek Chuban
6100kaki
Kecuraman – rasanya dalam 30 – 45darjah
“Jas,Kamal..” ayat pertama yang aku cakap “sorry wey,aku betul-betul letih,tak bleh nak angkat kaki dah ni”…
Bentang ground,pasang fly..atau lebih senang sebut ponco,semua salin baju…sini tak lah sejuk sangat.Nasib baik ada kawasan yang terlindung sikit.Terus terduduk aku.Terus terang aku cakap…aku mintak maaf banyak-banyak kat hampa,aku fail kali ni.Pertama kali aku flat,buat pertama kalinya aku dapat rasa camna rasanya orang flat…sebelum ni aku mampu redah trek yang kawa-kaw punya susah,sebelum ni aku mampu askot dan tolong kawan-kawan yang flat…tapi kali ni,semua benda-benda tu dah patah balik kat aku.Apa yang aku silap kali ni???....
Setelah dapat releks,aku mula fikir…mana silap ni,akhirnya aku dapat gak cari apa sebabnya tenaga aku habis teruk.
Sebenarnya aku tak cukup tidur,dah berapa hari aku tak cukup tidur…aku kerja malam la minggu ni,kemarin ( Jumaat ) aku cuma sempat tidur 2jam aja…patutnya aku cuti awai sehari untuk cover tidur,tapi hari ni…ada beberapa faktor la yang buatkan aku teruk kali ni,terus terang aku kata..aku menyesai gila pakai beg Deuter,dah la beg pinjam…( tuan beg tentu marah pasai aku kutuk beg dia ) aku packing betul2 padat…tapi besi bekalang beg tu,sampai sekarang belakang aku tinggai parut akibat kulit melecet.Time nak dali lagi masalah,kalu tau camni nak jadi,baik aku bawak beg aku sendiri.banyak faktor gak kali aku kena…tidur tak cukup,salah pilih beg,trainning?...lansung tak buat..aku main redah ja pi,last aku naik masa aku pi Chabang ngan Muz dulu,bila aaa??...awai bulan 6 kot…pastu tak ada lansung naik gunung.
Panjang nak cerita kat sini…ok kita sambung balik.
Dapat ja rest,aku apa lagi..dengan makan pun tidak..masuk dalam sleeping beg aja..terus lap..ZZZZzzzzzz….tak perasan kul brapa,tapi yang aku ingat jam belum kul 10 lagi.Mulanya kita plan nak tidur dalam 4jam aja,pastu nak sambung treking balik.Alih-alih jam 6 pagi dah???...alamak,lamanya kami tidur.Puak tu pun tidur lama gak,letih gamaknya tapi kena bangun gak.Jauh lagi trip ni,sekarang masih ada kat Perak lagi ni,bila nak lepas sempadan Pahang ni.
Aku pun gerak Jas ngan Kamal….oooiii…bangun oooiii….dah 6 lebih ni.Packing-packing,dengan makan pun tidak….kami teruskan treking…

Ahad 24.Julai.05
7.10am
Lokasi – Chuban 6200feet
7.10pagi – Kami mula gerak-gerak khas…aku dok terbayang trek hari ni..kami akan cuba pergi sejauh boleh.Hari rasa bertenaga sikit dari semalam,tapi letih masih terasa lagi…kalu ikutkan mana cukup rest setakat semalam pastu nak push lagi.Lepas kalu nak buat lagi trip camni,aku kena pastikan bukan di minggu kerja malam,menyesai gila pilih time ni..tapi nak buat camna,tarikh ni ja yang boleh.Kalu aku tak buat time ni,alamatnya aku kena tunggu tahun depan lah plak.Aku rasa bersemangat gila time ni….

Korbu Raya 7.45am
Lokasi – Maleh nak on kan GPS
Ketinggian – 6000feet lebih..entah tak rekod laa.
Fuh lega…memanjat tali pun dah settle….oh ya aku tak cerita lansung yang aku bawak hanycam…he..he..buat berat beg…ambik video pun jarang-jarang…ok,sat lagi aku kata ok..baru hampa lari sambil jerit ye…OK,Jas ngan Kamal apa lagi…belari la,nak belakon konon sampa puncak Korbu Raya.
Horey,kami sampai di puncak Korbu Raya…nampak jelas Gayong.Situ la yang akan kita lalui jap lagi.Rest 5 mint jap ambik gambor.Ok gerak….

Puncak Gunung Korbu 8.10am
Lokasi – Silap la tak rekod
Ketinggian – 7183feet…entah..
KORBU ….. Ha..!!!..sampai dah..??...Korbu ke ni???...he…he..
HOREY…!!!...tepat jam 8.10pagi kami sampai di puncak Korbu dah..bestnyer.Nak rasa best tu tak adalah sangat pasai ni kali yang ke – 5 aku sampai di Korbu,rasa cam nostalgia lah plak sampai di Korbu yang banyak tinggalkan memori sedih kat aku…tak sangkalah plak aku nak naik sampai 5 kali..wwoooo…bestnyer…
Kami lepak sat,aku sure Kamal mesti rasa best pasai ni pertama kali dia sampai kat sini.Jas plak,mungkin ni kenangan dia yang kedua kali kot.Ahhh..lepak lah dulu,Jas plak dok sibuk ramkam view..”nak tengok Ipoh,gi belah sana”…”buat ayorlah sat..”
“Brapa lama nak lepak ni?...Gayong belah mana?...tu..yang leh nampak tu..kita nanti pi belah situ lah..”…ok kot,jom blah…
8.50am – Setelah lepak tak lama,kami pun mula start gerak turun ke Gayong…jauh lagi perjalanan ni.Penat tu aku masih terasa lagi ni,balik karang mesti aku flat terus ni.Wau….cantiknyer view…perjalanan hari ni adalah yang paling panjang…target kami adalah selepas H2O kalau nak bermalam.Nampaknya kali ni tak hujan laaa…Banyak jugak aku guna air kali….
Ahhhh..jalan aja lah…view dah start elok lah…nak kata kami rush kali ni,rasanya tak jugak…lepak punyalah banyak…ala lagi pun target 3 hari,apa nak kalut…bleh punya…kalu dapat 48jam tu ,dah kira bonus tu….trek kali ni dah start dah menempuh hutan lumut,ceh sapa yang rajin sangat ni ajar minum ayor dari lumut ni??...sedap gak….sambil jalan ni,aku rasa betul-betul nostalgia la trek ni…layan pi lah..

Puncak Gunung Gayong 10.40am
Lokasi – Lupe laaa…
Ketinggian – Tak rekod laa…
Gayong..??...aaaarrhhhh….aku sampai di Gayong.??...cam tak caya lah aku sampai di sini…dah kali 4 kali aku sampai kat sini..rasa cam tak caya lah plak…takut gak aku kat sini,aku pernah jumpa ular la kat sini masa campsite kat sini dulu…besar gak.Ular,satu-satunya mahluk yang paling aku takut dalam hutan kalu nak bandingkan ngan rimau ka,gajah ka,beruang ka…kalu menatang tu bleh gak aku lari atau lawan,ular?...sekali patuk…selamat jalan romeo,tak sempat nak lawan balik…
Lepak dulu…”wey,mana sampai lagi,ni baru anak gayong laaa…”…gayong depan lagi tu,alaaa 2minit ja lagi,letak beg..jom jalan pi depan tu.
Ha,sini baru Gayong…camna,best….?jom…Kali lepak sat sambil buat ayor.Kita makan dulu…wah…kita makan sambal sotong lah plak…Ahh..layan pi lah.Kul brapa kita nak gerak ni??...jap lagi lah..lepak lah dulu,ambik angin..bukan senang nak tengok Ipoh kat sini…Korbu pun tak ada view camni…Ok jom…
11.50am – Ok,kami dah mula gerak turun…ok,check point kita yang seterusnya adalah kem Cerek yang kat bawah tu.

Kem Cerek 12.10pm
Lokasi – Dalam hutan banat.
Ketinggian – 6380 kaki 23.2*c
Horey..sampai dah kat Kem Cerek.Aik..???...jap je sampai..Turun slow pun sampai awai gak.Ayor kat mana Syah?...kat sebelah tu,kena turun bawah…Lepak lagi,banyaknya lepak.Ok,settle?..jom…
12.55pm – Kami mula gerak dari kem cerek..seterusnya,Puncak Juntion.



Puncak Juntion @ Puncak 6852 3.00pm
Lokasi – Entah.
Ketinggian – 6852 kaki kot.
Fuh..sampai gak kami kat puncak Juntion ni,tepat kul 3 aku sampai..he..he..aku yang last sekali sampai…cam biasa la jalan sorang-sorang.Brapa lama kita nak lepak ni?..10minit kot?..lepak ajalah..Lapar tak?...apa ada,roti?...mayonis?.daging berger?..gula-gula..?..
Belasahlah apa pun.kat sini aku tak bleh lupa lah ngan Ojas ngan Kamal…teringat aku,he..he..makan roti ngan mayonis aja..inti coklat..ha..ha..sapa punya idea buat menu baru ni?...cam-cam menu yang korang reka ye…Makan sampai semput..kah..kah..Ok,kita ada lagi 2jam aja nak sampai H2O..sat lagi kota gerak lah…

4.00pm – Kami mula gerak turun ke H2O dengan perut yang penuh ngan roti inti mayonis…ceh,bestlah plak.Dok kat rumah mampus tak buat lansung menu ni.

5.00pm – Tepat kul 5 kami sampai kat balak tumbang,ngam-ngam ngan masa yang aku setkan…1jam mesti sampai kat balak tumbang.Lepak jap…lepak lagi.Brapa lama?...alaaa..ulat la sat,layan blues..
5.10pm – Ok gerak…ok baget dalam 1jam mesti sampai H2O…jom cau.
Sebeberapa ketika sebelum sampai kat sungai yang pertama…”ko nampak apa yang aku nampak?..”..eeemmm…aku mula bagi arahan..”Kamal..!!..Kamal..!!...Ok kita gerak tapi jgn gap jauh sangat ni,ada sesuatu yang baru lalu depan kita ni..baru lagi ni”…”kalu ikut kesan ni,rasanya tak besar sangat ni tapi standby….”…”opppss…syah,tengok ni…cam tapak kaki orang ja ni”..tapi awat besar sangat ni,satu setengah kali tapak kaki aku.Rasanya kaki saiz 12-15 ni…tapak kaki ni kot yang Shafiq jumpa kat H2O tu kot…rasanya tapak kaki dah lama ni..mungkin dalam 12jam – 24jam yang lalu…ceh...macamlah aku tera sangat dok buat analisis.Ok gerak..takyah tunggu lama-lama,kita akan pergi sejauh mungkin dari sini.
5.40pm – Horey..sampai dah kat sungai yang pertama,lega jumpa sungai..rasa cam nak mandi lak plak.OK,kita akan cross sungai yang kedua sebentar lagi.

Kem H2O 5.55pm
Lokasi – Tak dapat signal.
Ketinggian – Tak ingat aku…rasanya dalam 4500 kaki gitu lah kot.
Horey..!!..kami sampai dah kat H2O,lega jumpa sungai..Ok,kita buat port kat sini jap..pastu kita gerak..nak buat apa haaa…cam biasa,Kamal dah jadi chef bahagian ayor,Jas plak dah jadi chef bahagian reka menu yang entah apa-apa entah…”alamak,dagiang burger dah basi laaa”..camna ni?...alaaa basi kat luar je,masuk dalam perut tak basi dah laaa….Jas pun selamber gi basuh pastu reka buat daging kebab…mana dia dapat idea reka menu kebab tu…kebab tu tak salah lansung,alih-alih dapat nama kat sini…sabor aje lah….tapi kenangan ni laaa aku taklh lupa...beger basi dah jadi kaler iaju..huhhuuhu....nak tak nak kene makan...jas kata : sebulan dier tak leh bau kebab..MMMUUNNTAHHH!!
Dekat kul 7dah ni….bila nak gerak?...”Syah,kita gerak lepas magrib bleh kot?...”..”tak ada hal”..Ok port dulu…
8.10pm – Ok,keluarkan toch…ok gerak.Mana jalan nak naik ni?...hilanglah plak.Tu dia,jom…AAArrrhhhh…canak gila.Mengah gila naik canak ni…pacak cam bukit penat lah plak…fuh lega,mendatar gak sikit,fuyo…!!!..canak naik sampai 500kaki pacak,mau tak penat.Horey..treking malam…bab yang paling aku suka….ni mungkin pengalaman pertama Jas ngan Kamal kot…ok port kat sini jap,sini lapang sikit,kalu hampa nak tau..kalu siang kita bleh nampak puncak anak Yong Belar ngan Yong Belar dari sini…tapi dah gelap,apa pun tak nampak.Ok,cau…
“Boring aaarr…nak buat apa dalam gelap ni?...nyanyi nak?...lagu apa yang hang tau?..entah,belasah ajalah…wey,lagu tsunami hang tau dak?...”..tu la kami sambil jalan,sambil lepak..sambil jalan,sambil lepak…nak nyanyi tak tau…”tadi kat puncak korbu ada lagu ella,hang tak hafal”…”la ni kita nyanyi lagu senyum mau?..”…”camna ha?..”…tu la yang dapat idea tu….kami beritga dengan bangangnya nyanyi lah….
SENYUM KEPADA SEMUA,
SENYUMAN MU AMATLAH BERHARGA,
SENYUM MEMBAHAGIAKAN,
SENYUMLAH DARI HATI,
DUNIA MU BESEMI,
SENYUM UMPAMA TITIAN DALAM KEHIDUPAN,
KU TERSENYUM KAU TERSENYUM,
KEMESRAAN MENGUNTUM…

Entah,aku pun tak tau lirik tu betul ke tidak….belasah ja..macam-macam la kami dok merepek dalam gelap tu…bleh kata macam-macam topik yang dok cakap,pasai Mawi pun masuk gak…rupanya ada jugak mamat yang minat kat Mawi…ha..ha..aku ada geng la ni…nasib Jas tak tengok AF,kalu tidak sahih rancak punya dok menyampuk…siap bleh bating sapa yang keluar malam ni…”rasanya Kefli la” …last-last sekali balik tengok rupanya Akma yang keluar….tu yang aku syok jalan malam tu,pasai macam-macam idea pelik akan keluar…
Sembang-sembang gak,bila nak sampai ni???...naik lenguh kaki pakcik dok mengayuh ni…rasanya tak lama dah ni….

Puncak Anak Yong Belar 10.35pm
Lokasi – Simpan aja…
6100 feet 18celcius
Horey…gua dah sampai dah kat sini….burr..burrr..sejuk ooooiii…ok lepak jap,nak buat apa?...ayor la.Jap gi sambung balik treking….
“Syah,ko ada lagi tak pek segera?”..”ada,mau?”….mak oooiii..kelahapnyer makan.

Kami dah pun sampai kat puncak anak Yong Belar,sini sejuk mencengkam jiwa,tapi sini lebih selamat aku rasa dari dok H2O tu,letih dah nampak dah kat sorang-sorang…mau tak letih…gila,kami shut dari Chuban terus sampai sini…biasanya orang start dari Korbu ke H2O ja,ni kita dah tahap orang gila dah ni…dari ni aku dah start fikir dah,kalu nak capai 48jam,kami mesti ada di Dam Blue Valley selewat-lewatnya kul 9 pagi esok…kalu camtu,kami mesti ada kat puncak Yong Belar paling lekeh pun kul 1pagi,sempat ka?...kalu camtu,nampak gaya memang kena rushing gila nak sampai Yong Belar ni…setelah ambik pandangan kawan-kawan lain “…aik?Kamal ngan Jas dah start menguap dah?..” Target asai kita adalah 72jam ( 3hari ) , so camna…takpalah kita bleh buat lain kali.Kita dah sampai sini dengan jam tu pun dah kira besar rahmat..”dah.48jam tak dapat,apa kat kalu kita target 60jam ( 2 ½ hari ) “….bawah 60jam memang sempat.Bawah 60jam nak kena gerak malam ni gak ka?...kalu 60jam…kita tidur dulu…kita campsite sini le…
Jam kul brapa?...12tghmlm?...ah tidur le….
1.15am – Tak tidur lagi…tu la dok merepek lagi…tidur la wey…ZZZZZzzzzz….syok gak tidur kat sini,aku cukup suka tidur dalam sejuk.

Isnin 25.Julai.05
Puncak Anak Yong Belar
6100feet 15celcius
7.00am – “wey…bangun..!!!!...awainya mamatnya ni jerit..!!!...”…”bestnyer tidur”….Jas tak puas ati,terus bukak fly,ha..bangun pun….
7.00am – masih dok mengeliat lagi…syoknyer tidur,sejukla kat sini…
8.00am – laaaa…masih tak gerak lagi???....nah ambik roti sorang satu,kami tak makan apa Cuma roti askar sorang sekeping aja buat alas perut…bleh tahan ka?...
8.30am – Orait,kami mula gerak kelaur dari puncak anak yong belar…camna,target hari ni sampai keluar kot?...rasanya dalam petang karang kita sampai lah…ok,check point kita yang seterusnya adalah Kem Kuali..target paling lewat 2jam.
Perjalanan nak ke kem kuali memang cantik laaa…view belatar belakangkan gunung2 yang cantik…walaupun trek dia teruk sikit,tapi tengok view dia…wow..hilang rasa penat yang melampau..trek hari ni,turun naik banyak..walaupun kem kuali tak tinggi sangat tapi nak sampai ke situ…mak oooii..naik turun punya trek,on the way kita bleh nampak dah puncak Yong Belar…dekat je.


Kem Kuali 9.30am
Lokasi – water point
6600feet 20.2*c
Horey..sampai gak kami kat kem kuali,sejuk gila kat sini…ni baru 9lebih dah sejuk dah…”mau tak sejuk,sini laluan angin…”…jarang ada orang camsite kat sini,kalu nak campsite kat sini,lebih baik dok kat puncak yong belar…
Jas ngan Kamal sibuk ambik ayor..ayor kurangla kali ni,mungkin dah lama tak hujan kot?...ok siap?...
9.55am – OK,kami dah ready nak naik ke puncak dah…trek canak sikit sat lagi tapi nasib baik tak hujan..kalu tidak,mau berakai gak….
Agak-agak berapa minit lagi nak sampai?....aku bagi 1minit lagi nak sampai puncak dari sini,caya tak?...

Puncak Gunung Yong Belar 10.22am
N 04.65056*
E 101.36193*
7185feet 22celcius
10.22am – HOREY….!!!...tak tercerita seronoknya kami bertiga dah sampai puncak Yong Belar…cam tak caya lah kami sampai kat sini…yea..satu kepuasan dari memek muka Jas ngan Kamal..ni pendakian kali ke-2 Kamal dan ni kali pertama Ojas sampai dan aku pulak….rasa cam biasa ja tapi dengan trip ni aku rasa begitu gembira tak terkata..puas kot…pasai ni kali yang ke-6 aku sampai sini…dah 6 kali dah?...biar betul…HOREY..GEMBIRA NYA AKU….
Masing-masing nampak ceria,mau tak ceria…dah berapa hari teruk...apa aku nak cerita time ni?..masing-masing tak terkata apa..”ha,tu korbu..tu gayong…belah sana ipoh,ni kita ada kat pahang dah ni…”ok,jap lagi kita turun …kita nak balik ngan apa kali ni?..Kamal,hang tekpon Jo tanya tengok..dia senang tak?...kalu tak try tanya Shafiq,depa bleh mai ambik tak…rasanya tak sempat kita nak sampai kat Ipoh kalu balik ngan bas ni.
Ration banyak lagi ni,kita perabih lah apa yang patut…kami apa lagi,makan le apa yang ada.Tak terkata apa laaa….masing-masing dok layan blues.Jas plak dok sibuk baca apa yang ada kat pokok,Kamal plak dok sibuk buat apa entah…aku plak dok sibuk merakam kenangan,nostalgia tu…last-last dapat gak idea bangang,sapa punya idea entah..”..apa kat kita buat surat wasiat.”.. “surat wasiat?,kita tulislah apa-apa pun…pastu kita letak dalam botol,kita gantung cam diaorang”… ”gantung tak menarik,nanti ada wap..tak pun orang bukak buang…”..
“apa kata kita tulis wasiat,pastu bubuh dalam botol..pastu kita tanam”..”mau”…”kita lock lokasi pakai GPS…”….”Orait gak punya idea…”
Camtu lah idea camna kami dapat cara nak buat wasiat dan simpan baik-baik…masing-masing dapat idea apa yang nak karang…macam-macam luahan hati dari Ojas,Kamal dan aku…
“Ok,5 tahun lagi dari tarikh sekarang kita naik..tapi Yong Belar ajalah,kita mai cari,bukak dan baca surat wasiat ni,mau?...”…OK.
Ni lokasi kita N 04.65056’ E 101.36197’ ….. ni koodinat surat wasiat kita dan kita namakan dia “CAPSUL MAYONIS “ … ceh,punya lah teruk nama dia…memandangkan kita simpan dalam botol mayonis,rasanya ni nama yang paling sesuai…
Masing-masing dok terbayangkan camnalah 5 tahun lagi…punya lah jauh fikir,naik yong belar aja,bukan transtt…sapa yang teringin nak cari tu sila lah,lokasi dah aku bagi.
Dah 11 lebih dah ni…kul berapa kita nak gerak?..jap lagi lah.Rasa nak campsite kat sini aja lah.Dalam pala otak dok terbayang ada lagi 5-6jam lagi untuk habiskan trip ni..come on,let’s go…setelah siap aja semua..masing-masing dah ready dah nak gerak.



12.00pm – Gerak..!!!..kami dah gerak turun dari puncak,selamat Yong Belar…aku akan datang lagi.Masing-masing mulakan perjalanan dengan penuh semangat,rasa gembira masih ada lagi pada diri masing-masing.Trek hari ni akan lebih banyak kepada turun,wey…lari ye..!!..gila babi korang lari cam kena kejar rimau ja…releks laaa….apa campsite kali ni?...Kem Kasut.

Kem Kasut 12.21pm
Lokasi – entah.
Aik…sampai dah???...21minit aja dah sampai kat sini?..cepatnyer kita blah..port jap 5minit layang blues..ok,let’s go….
Kami dah masuk dalam hutan lumut dah ni..view tak banyak yang bleh nampak dari trek ni,masing-masing dok terbayang nak sampai Dam aja,tu yang masing-masing jalan cam nak masuk race aja…
“Jauh lagi ka Syah?...tak jauh lagi dah,sebelah bukit tu aja lagi…”…
“Wey,5 minit lagi sampai…”..kat bawah tu hang nampak sungai?...mana?...tu..horey dah nak sampai dah ni…

Kem Tudung Periuk 1.50pm
Lokasi – Entah
5340feet 26.4celcius
Tepat 1.50pm kami sampai di kem tudung periuk,horey…sampai gak kat sini…nak buat apa kat sini?...kita port dulu,masak pi lah apa yang patut…bihun segera ada lagi?...last 2 peket perabih lah..letak-letak pala aja…aku terus ZZZZzzzz..siap dengkur lagi ( kata jas la ) ….Lama jugak kami buat port kat sini.Ok,kita target dari sini 2jam untuk ke Kabin.
3.00pm – Kami mula gerak…aaarrrhhh…..canak plak,mengah gila…
Aik..kita sampai kat mana ni..view laaa…bestnyer…wey,mai sini wey,sana cameron laaa…mana?..sana lah yang kita nak pi sat lagi….

Botak 4.20pm
N 04.62511’
E 101.39990’
5442 feet.
Triple sensor – 5420 feet 23.9celcius
Ha..!!!!...horey..aku sampai di botak,mamat 2orang tu punya la speed tinggai aku sorang-sorang treking…tapi yang penting,kami dah pun sampai di Botak..dah tak main hutan banat lagi dah.
Ok,so apa sekarang?...Kamal hang ada adjust sapa yang nak mai ambik kita nanti?...
Lepak kat sini punya la lama…nak tekpon sat,nasib baik kat sini ada celcom ada line.Dapat gak Kamal contact Muz…
Cuaca ok gak hari ni….Kababom..!!!!...wey hujan turun…ceh baru nak puji cuaca ok,dah kena mandi plak…nasib baik tak lebat,kalu tidak mau lencun…
Apa punya lama tekpon da…
Wey…Shafiq mai ambik kita,kul brapa?...7 camtu lah…ok,jom gerak….

5.00pm
Ok,cargas…kami mula gerak dari Botak,selamat tinggal hutan…kita orang mau layan sungai ngan batang paip plak…
Ada dah yang jatuh cam nangka yang tak berapa busuk…mai time ni aku maleh nak karang dah,dah nak sampai dah ni…
Ok ni batu 2 sempadan…ceh,aku cam pemandu pelancong lah plak tengah terang kat Jas…pas ni kita layan landai ngan tangga plak…
“Mak ooooiii…tingginya tangga…”…..kalu hang tera,hang try kira berapa anak tangga dia…he..he..dulu Salan penaya aku suruh kira…ni aku penaya Jas plak suruh kira…entah mamat tu kira ke tidak…

DAM Blue Valley,Cameron Highland
5.55pm
HOREY…!!!!...yahoo..yahoooo…sayu gak hati…
Tepat pukul 5.55petang Isnin 25.Julai.2005 kami telah sampai di DAM Blue Valley,Cameron Highland iaitu penamat segala acara separa gila….
Aku hampir menitis air mata..bukan kerana trek teruk tapi kerana aku dan kami telah berjaya tempuh trip yang paling mereng yang pernah aku buat….rasa cam tak percaya kami berjaya tempuh cabaran dan dugaan walaupun hari pertama saja aku rasa flat…rasa macam tak mampu nak tempuh.
Tepat 56jam 50minit kami telah berjaya sampai disini…aku tengok Jas,Kamal,rasanya diaorang betul2 puas kot…sayu pun ada,seronok pun ada,sedih pun ada…yang sayu nya tu sebab cabaran dah tempuh,seronok tu semestinya…yang sedihnya tu…huuuuaaarrrr…kena menapak keluar lah plak….
“Kul berapa Shafiq mai??”…7 camtu lah…ok,kita mandi dulu…air kurang la kali ni…tapi sejuk giler…mandi bogel mau?...bukan sapa yang ushar pun…gila..!!
Kamal cam awek lah plak,segala mak nenek ada dalam beg dia…dari sabun sampai lah ke diadoran..camna eja aku pun tak tau…cam ejen pewangi lah plak.
Bestnyer mandi…apasal lu manyak busuk???....dah brapa hari lu tarak mandi???....
Wey…kul brapa mau cau ni?...ko layan le apek tu ambil gambor…Haiya…apek tu lagi busuk ooo..blah,blah…gua sudah wangi laaa….lu manyak busuk la…he..he…naya je apek tu kena halau..
6.45pm – dok melepak lagi…alaaaa Shafiq lambat lagi kot…ye la lambat,jom blah…


7.15pm – Tetap kul 7.15pm kami pun cargas blah…SELAMAT TINGGAL DAM ….kami tinggalkan Dam dengan seribu kenangan yang tak mungkin kami akan lupa kan selamanya…“TransTT 48jam” dah jadi kenangan bagi kami bertiga…



Menapak lah kami kat trek tu…menapak pun menapak lah…banyaknya sayur…kita curik sayur mau?...bawak balik masak best ni…fresh..lagi ni..kalu aku tak main la curik,bakar terus kebun sayur dia..biar padan muka tokey ngan aku sekali..ha…ha…apa yang hang dok merepek ni??...

8.00pm – Tu macam kabota Shafiq tu…awat bersih sangat?..dulu aku nampak serabai aja…dulu tok nek aku pun muda…
Laaa…betoi la dia…wey,tidur ka?...kul brapa hang sampai?..7 tadi..he..he..janji melayu.So,mana kita?..mana lagi…balik Ipoh laaa…
Lajunya mamat ni bawak kabota…cam rimau kejar lah plak…kalu aku tau,baik aku dok belakang…bleh baring,dok kat sini tidur sambil duduk la….
Huaaar…dah malas dah nak karang…dah habis dah XPDC…dah habis?...biar betul…dah habis laaa…

Dah habis laaa….

Rasanya cukup kot setakat ni yang aku karang pasai trip “TransTT 48jam”…kang karang banyak2 tak ada sapa plak yang nak baca…
So,sebelum aku menutup cerita ni,aku nak berterima kasih pada Ojas dan Kamal sebab korang dah berjaya dalam trip separa gila ni…dan aku mintak maaf pada korang jika aku ada buat salah sepanjang trek..dan aku mintak maaf pasai flat kat Chuban…Korang memang best.ingat Capsul Mayonis ye…dan ingat ye,kita akan return back trip ni hujung tahun ni ke,tahun depan ke…

Dan terima kasih juga kepada bro.Jo kerna sudi ngantor kita masuk ke Intake walaupun ko kena drive balik sorang2…Terima kasih juga pada SOS…Bro.Muz,Bro.Arman,Bro.Salan di atas sokongan dan dorongan serta semangat untuk kami buat trip ni..dan terima kasih gak pada skuad Militan SOS,Along seagate,Miah yang memberi pinjam beg,geng2 aku yang kat kilang OSRAM dan juga kepada semua2 yang terlibat dalam memberi dorongan serta semangat tahap gila babi pada kami…aku mengucapkan terima kasih pada korang…

Jasa mu di Kenang….


Syahrul….
Budak Skolah di TransTT…

semua diatas adalah benar....kami takkan lupakan sampai bila2
pengalaman yang tak boleh ditukar dengan wang ringgit..


























Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

fpxen2.pidgintech.com